Musim pertama Gang_Starz

Senarai peserta

Gang Starz Akhir

Peserta akhir Gang StarzKonsert akhir

Gang Starz akhir diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor pada 17 Jun 2007 bermula jam 8.30 malam. Rancangan ini disiarkan secara lansung oleh TV3 dan lambat sejam disiarkan oleh Televisi Pendidikan Indonesia (TPI). Tiga pegacara memeriahkan pertandingan akhir ini iaitu Anne, Faizal Tahir serta pengacara dari Indonesia, Melanie Putria. 4 kumpulan akan bertanding merebut USD 100,000 iaitu

  • The Lima (Indonesia) - menjadi juara pertama Gang Starz, berduet dengan Mas Idayu menerusi lagu Memori Daun Pisang.
  • Mendua (Indonesia) - naib juara, berduet dengan Faizal Tahir dengan lagu Maha Karya Cinta
  • Flava (Malaysia) - tempat ketiga, berduet dengan Jay Jay dengan lagu Joget Angan Tak Sudah
  • Infinatez (Malaysia) - tempat keempat, berduet dengan Nurul dengan lagu Seiring dan Sejalan

Antara artis yang membuat persembahan ialah gabungan Ning Baizura, Nikki dan Yanie Mentor serta penyanyi dari Indonesia, Agnes Monica. Juri pada malam itu ialah Vernon Kedit, Maple Loo dan Arab serta daripada dua juri undangan Erwin Gutawa dari Indonesia dan penyanyi dan komposer Singapura, Sheikh Haikal.

Tidak ketinggalan aksi bertenaga bekas peserta Gang Starz, Colabr8 dengan lagu mereka (Malam Pesta Kancing Suasa), Luscious (Jelingan Manja), 1st Edition (Hitori), Demolition Squad (Rompe), N’ Quint (Lelaki Buaya Darat), Pianka (Lady Marmalade), G18 (Sedang Ingin Bercinta), Equal Star (Naik Kereta Ku) dan Evoke (Papa Jahat).